Saturday, September 26, 2009

why bother loving someone, when it is such a painful thing to try and love?

haii Asalammualaikum..

hari ni baru aje balik dari Batu Pahat, Johor. pergi beraya rumah saudara2 sebelah atuk mama aku. pheww, banyak jugak rumah yang aku pergi, sampai kan dah tak terlarat nak makan kuih raya dan minum air sejuk. yang paling aku suka, makan dodol dan kuih2 tradisional macam kuih bangkit, kuih sri makmur, bahulu, kerepek2 dan belinjau (uishh sedap gila...), tat nenas, dan sebagainya. aku boleh rasakan, berat badan aku makin naik........ aghhh tidak.

haaa kan kite dah cakap amal, tahun nih raya tak meriah sangat. dan BUKAN SEBAB DUIT RAYA tau. kite tak tahu kenapa tak meriah.. walaupun kite pergi beraya banyak rumah berbanding tahun lepas.

di sini, aku list kan my opinions on why this year raya tak meriah sangat.

1. tak jumpa sepupu2 dan mak2 sedara sebelah mama. since grandparents aku belah mama dah takde, aku dah jarang sangat dapat berkumpul dengan mereka. kalau berkumpul pun, satu dua hari je. rumah kampung tu pun, terbengkalai. adehh

2. tak dapat main mercun dan bunga api. bagi aku, kalau tak main bunga api memang tak best. every year aku main tau, walaupun nampak macam kanak2 ribena main benda alah tuh. tahun ni, satu batang pun aku tak sentuh. =(

3. sebab tak anyam ketupat kot. buat pengetahuan semua, last year aku dapat anyam 20 lebih ketupat tau. sendiri, tanpa bantuan mama aku. =P

4. sebab balik cuti dari kolej aje, dua hari lepas tu dah raya. so, tak dapat buat persediaan raya dengan lengkap selengkap lengkap nya. rumah pun, baru kemas separuh.

5. sebab cuti seminggu je. orang, bagi lah cuti dua minggu ke kan (ni kes dah bagi betis nak peha). tapi betul lah, last last year, cuti raya bagi dua minggu pe. disebabkan tu, tahun ni tak sempat nak beraya kat rumah2 around KL.

6. mana nak meriahnya, raya tengah2 nak exam pulak tu kan. aduii

7. raya tak meriah sebab cerita kat TV tak best. memang tak boleh blah, tapi ni lah senario masa kini. memang tak best! harapkan cite2 box office yang dah banyak kali ditayangkan sebelum nih, nak tengok lagi dah rasa boring. then, cite2 lawak tah pape tah, aku tak paham. satu cerita je aku suka, tak ingat tajuk tapi pelakon dia Remy Ishak (hero NurKasih) sebagai ustaz munafik tuh. best best.

8. minggu nih takde drama NurKasih!!!! TV3 memang tak boleh nak bagi orang senang lah kan. dah lah iklan panjang berjela-jela. >=(

9. tahun nih punya fesyen raya, macam tak best je. bukan nak kata ape, dengan kain chiffon yang jarang berserta dengan kain dalam yang macam tu, tak ke panas. dah lah mahal pulak tuh mengalahkan baju kurung biasa. ewahh2 macam aku nih pengkritik fesyen pulak. tapi nih pendapat aku lah, fesyen tahun nih tak menarik minat aku.

10. bukan yang paling last tapi setakat nih je yang aku boleh fikir dengan kepala otak aku yang asyik ingat kan test minggu depan nih, raya tahun nih tak meriah sebab dalam kepala asyik ingat buku2 kolej, mana nak rasa kemeriahan nya. dan jugak, sebagai student yang baru menempuh suasana universiti, everytime ada kesempatan cuti panjang (walaupun cuma seminggu), aku lebih rela peruntukkan untuk rehat, dan bukan nak beraya sakan. tah lah, bagi korang, pendapat korang. bagi aku, aku nak REHAT.

end.

0 Remarks:

Post a Comment

expression

 
Header image by sabrinaeras @ Flickr